Thursday 16 September 2010

Saturday 28 August 2010

Jatuh hati

Sukanya Mama kat kuih nie....walhal kat Malaysia tak pernah pun terasa dan makan kuih nie...tapi bila buat terasa nak wat pulak hari2...Kuih apakah ini....tentunya kuih 'AKOK' versi moden....hihihihi....x berkedut pun...

Saturday 21 August 2010

Nasi Ambang


Bila terkenangkan kampung, teringat nasik dalam dulang nie 'Nasi Ambang' tapi yang seronoknya makan nasik nie....bila berkumpul reramai dan makan dalam dulang nie....aper kata ku realisasikan impianku untuk makan nasi berdulang nie...Hehehe

Tuesday 17 August 2010

Menu Baru

Nasi Ayam Penyet

Air Mata Kucing Panas

Terima Kasih kepada Tok Mak yang bagi resepi dan idea buat nasik nie....Mama Sara dah bingung nak masak aper....best....rasa lain dari yang lain...memula tue biler dengar nasi ayam penyet dok terfikir cam mana ler rupanya sbbnya tak penah makan ataupun rasa nasik ayam nie...tapi biler telefon tanya Tok Mak dengan spontannya Tok Mak bagi resepi....hihihihi...Istimewa wat 2 Qai yang suka makan ayam...Mama sediakan.....

Nasi Ayam Penyet

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus sekejap dan toskan. Simpan air rebusan itu untuk sup dan nasik.

  • 1 sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak
  • 1 sudu Jintan Manis - goreng tanpa minyak
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 2 cm Halia
  • Sedikit Air
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Kisar kesemua bahan dalam blender hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman untuk rasa rempah.
  3. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal.

  • Sedikit minyak masak
  • 15 batang Cili merah
  • 8 biji Cili padi
  • 1 biji bawang merah
  • 3 biji Bawang putih
  • 3 biji Tomato
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu besar Ikan Bilis
  • Gula merah secukup rasa
  • Air Lemon
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing.
  2. Goreng belacan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng tadi.
  5. Kisar atau tumbuk sehingga separuh halus.
  6. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  7. Rasa sambal, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Untuk Sup.

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
  2. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang, bawang putih, halia serta rempah tumis dan curah ke dalam sup tadi.
  3. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tauhu Goreng.

  • 1 paket tauhu.
  • 1 paket tempe.
  • Sedikit tepung beras.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
  2. Goreng hingga garing.

Untuk Nasi

  • 4 cawan beras basmati
  • 1 biji bawang besar potong baji
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • dua biji buah pelaga
  • bunga lawang
  • bunga cengkih
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam
  • 2 cawan air rebusan ayam
  1. Panaskan butter. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunge lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam.
  4. Tanak sehingga nasi masak.

Cara hidangan-
Hidangkan nasi ayam penyet bersama tauhu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun. Untuk rasa yg istimewa mama Sara tambahkan kerabu Mangga....

Sunday 15 August 2010

Menu Ramadhan 4

Kari kepala ikan Salmon

Sambal Tumis Udang Petai

Leek dan Cendawan goreng


Hari nie ada 'IFTAR RAMADHAN' setiap keluarga dikehendaki membawa juadah untuk 5 orang makan terdiri daripada nasik dan lauk pauk....

Friday 13 August 2010

Menu Ramadhan 3

Masak Lemak Labu, Sambal tumis Udang Petai dan Ayam 3 rasa

Karipap inti keledek

Mee campak2


Hari nie dah masuk hari ke 3 kita berpuasa...tapi xtvt memasak macam biasa sbbnya si Qairina asyik lapar ajer...hehehe....nie si kecik tue yg request nak makan mee....senang ajer masaknya...nama mee nie mee campak2....

Nie menu sarapan pagi ari nie....pukul 10...bebudak nie pepagi dah makan nasik macam makan tengahari....Alhamdulilah

Thursday 12 August 2010

Menu Ramadhan 2

Nasi jagung, ayam masak merah, kari kambing dengan jelantah

Cendol

Sebenarnya tak tahu nak masak aper lagik ngan ayam nie....akhirnya jadiler nasi jagung cuma bezanya nasi jagung nie bubuh serai ngan madu...saja nak kasi lain dari yang lain...

Cendol nie pulak tetiba teringat kat cendol mamak depan bangunan SPACE-UTM tue...hehehe...menyelerakan....tapi tak penah makan tau...Next time nak try wat air Katira ala2 macam Air Katira Abu Bakar yg famous giler kat JB....cam ner nak wat agaknya ek...