Wednesday 22 July 2009

2 Qai

Qairina control cun, Qaisara seriusnya Qaisara pulak senyum simpul
Kasih kakak pada adiknya.....

Inilah 2 buah hati mama papa.....Qaisara 2 tahun 6 bulan.....Qairina 11 bulan.....

Qaisara yang comel dan ligat sekali. Namanya Wan Nureen Qaisara dan kami memanggilnya Sara. Seawal kandungan mama 5bulan, namanya diberi oleh seorang doktor yg berkongsi cerita sedih kami. Alhamdulilah lahirnya menambah kebahagian mama dan papa. Lahirnya mengubat duka kami yang kehilangan anak sulung. Hobinya tidak lain dan tidak bukan mengusik adiknya, membuat adiknya tertawa dengan gelagatnya. Lahir pada 10 Januari 2007 di Johor Bahru. Sara suka tengok TV, rancangan kesukaannya BEN10. Kalau pergi ke mana-mana tidak suka didukung, asyik nak berlari sahaja,agak penat juga nak mengawasi dia..tapi kami terhibur melihat keletah dan keligatannya. Sara ni agak peramah dan mudah dirapati, suka juga berkawan.

Qairina pulak sangat berdikari. Namanya Wan Nureen Qairina dan kami memanggilnya Nana. Lahir pada 23 Ogos 2008 di QMC Nottingham, United Kingdom.....Hari lahirnya bersamaan Anniversary kami yang ke-5. Hobinya membuli kakaknya, tetapi kakak itu jugak kawan mainnya.....Nana ni suka ketawa sambil menampakkan giginya. Amat mudah menjaganya dan tak banyak kerenah.....



Sunday 12 July 2009

P.Y.O Cherry



Pada 12 Julai lepas kami bersama-sama geng Nottingham meredah perjalananan selama 2 jam setengah pergi ke Court Leisure Farm, Herefordshire untuk memetik buah cherry ,strawberry, dan macam2 berry serta sayur-sayuran. Kebiasaanya pada setiap tahun antara bulan Julai hingga September, kebanyakkan tuan ladang membenarkan pengunjung untuk memetik sendiri buah-buahan yang ingin dibeli. Seperti biasanya Qaisara & Qairina yang paling excited dalam xtvt PYO (Pick Your Own) ini. Buah cherry ini lebih besar sedikit berbanding dengan cherry2 di Oxford di mana tahun lepas kami semua menjadi 'pemetik' buah di sana.

Di ladang ini setelah memenuhkan perut dengan buah cherry ini, barulah kami petik sedikit untuk memenuhkan bakul yang disediakan untuk tujuan pembayaran,. Kononnya nak jaga hati owner ladang ini lah. nanti dia cakap masuk lama2 dalam dusun dia, takkan tak beli apa-apa kot.

Selepas makan secara pot-luck, kami meneruskan xtvt memetik sayur-sayuran pulak antaranya brocolli, cauliflower, carrot, cabbage. Oleh kerana 2Qai ini sudah kepenatan dengan xtvt memetik buah tadi, masing2 tido kepenatan. Maka tak beliler sayur-sayuran walaupun sayur yg dijual disitu agak murah.





Saturday 4 July 2009

Wan Nureen Qistina

Al Fatihah..

Rindu menyapa..
mata berkaca..
Sayang mama pada Nureen..

Hari ini kembali lagi..
4 Julai dalam kenangan..

4 tahun lalu..
Nureen hadir dalam hidup mama dan papa..
Dipinjamkan pada mama dan papa 5 bulan 20 hari
Cukup singkat waktu kita bersama..


Namun mama masih terasa saat Nureen di pelukan mama..
Masih terbayang gerak geri Nureen..
Masih terasa dingin pipi Nureen saat kucupan terakhir dari mama sewaktu Nureen hendak dikafankan..
Dan selepas itu hanya di pusaramu tempat melepas rindu..

Pergimu aku redha..
Diriku diuji Maha Pencipta..
Yakinlah hati..
Ada hikmah tersembunyi..

Al-Fatihah..

Banyak2 sedekahkan Fatihah dan berdoa dan yang mama tak boleh lupa..... dan membuat perasaan mama sedikit lega bila semua orang cakap..... "Jangan bimbangkan dia..... dia dapat yang terbaik kat Sana..... "

Pada yang bertanya aku selalu katakan aku ada 3 orang anak.....lepas tu terpaksala aku jawab yang lagi sorang dah meninggal.. Tak sampai hati aku nak berkata anak aku 2 orang..... Tak per.. aku akan bercerita kalau perlu.....memang anak aku 3.....

Wan Nureen Qistina sentiasa dihati Mama.....Mama sayang kamu.....

Wednesday 1 July 2009

Nasi Kerabu

Resipi untuk tatapan anak2 muridku di Nottingham yg tak sempat nak tulis resepi sebab busy dengan BARN BUDDY nyer... sila tinggalkan komen anda...

Bahan-bahan:
Nasi putih (nasi warna biru/kuning)

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
Kelapa parut - dijadikan kerisik atau semua bahan dan digoreng tanpa minyak
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
gula
garam..
Cara :
1. Gaul isi ikan panggang, kelapa, bawang merah, bawang putih, serai dan halia. Masukkan gula dan garam. Gaul dan tumbuk campuran itu..

Bahan untuk kuah/tumis :
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan
1 batang serai
gula
garam..
Cara:
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan mendidih
3. Perlahankan api.
4. Kemudian padamkan api apabila kuah pekat..

Bahan untuk ulam :
Timun - dipotong halus
Kobis bulat - dipotong halus
Daun kesom - dihiris halus
Serai - dihiris halus
Kacang panjang - dipotong halus
Daun pucuk kayu - dihiris halus
Taugeh..
Cara :
1. Gaulkan semua ulam-ulaman. Banyak jenis ulam lagi best...macam bunga kantan,lobak merah
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan..

NOTA: Keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging bakar.. dan solok lada...