Thursday 1 October 2009

Ucapan Aidilfitri 2009


Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin buat keluarga di Temerloh dan Johor serta rakan2 yg mengenali diri kami sekeluarga.....

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Menganyam ketupat di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Dari kami yg jauh di Perantauan (FamiliSara)

Tuesday 29 September 2009

Sunday 13 September 2009

2 Qai pergi TESCO

Nieler gambor 2 Qai pergi TESCO.....'Sara tengah carik pampers nie' pastu carik susu supaya 2 Qai nie boleh membesar bagai Johan....

Mama pulak busy nak beli keperluan untuk buat kuih Raya....Mood raya sudah bermula.....Baju raya 2 Qai pun dah siap jahit....Menu untuk raya pun dah OK.....selera pantai timurler. macam last year jugak...Nasik Kerabu Perantau + Nasik Dagang + Laksam cuma tapai pulut jer tak der sbbnya ragi terlupa nak suruh org Malaysia tolong poskan....hahahaha.....nampak gayanya seperti tahun lepas nak makan lontong, lodeh, rendang kena carik rumah 'angkat' camner orang2 Nottingham boleh tak Mama Sara nak tumpang makan....tak malu sungguh....

Wednesday 9 September 2009

09-09-09 Sara First Day of School

Masa nak pergi Sekolah.....
Nieler sekolah Sara.....
School.....
Nursery.....
Sara Painting.....
Sara break time.....

Hari nie Sara dah pergi sekolah.....Dari pukul 9 - 12.....Lihatler gelagat Sara kat sekolah...sesangat happy sebabnya dapat ramai kawan baru.....tapi yang pentingnya....

Nursery is dedicated to helping children to develop academically and spiritually. We aim to simultaneously instil a passion for deen and learning in the crucial early years of your child's life. Learning is incorporated into enjoyable activities making learning fun and easy for your child to progress.....

Alongside spiritual development: Personal, social & emotional development - knowledge & understanding of the world - communication, language & literacy development - problem solving, reasoning & numeracy - creative development - physical development.

This nursery also planned activities for children both indoors and outdoors in a safe and controlled environment.

Hopefully Sara enjoy and have a fun/creative learning with your friends.....

Tuesday 25 August 2009

Double Celebration...6th Anniversary & 1st Birthday Qairina (23 August)




Qairina dah setahun....so mama plan nak sambut birthday Qairina di Colwick Park....kata sepakat dibuat mama bersama auntie Rose, auntie Eija, auntie salina dan auntie Ana...oleh kerana pada tarikh itu seluruh umat islam berpuasa, maka majlis diawalkan.....

Bersambung....ngan banyak lagi gambar2


Saturday 22 August 2009

Doa Ramadan: Hari Pertama


"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

(Sumber:Harian Metro)

Wednesday 19 August 2009

Hobby suka2 mama.....

Malaysian Merdeka carnival 2009 - held at the Tun Abdal Razak Research Centre, Brickendonbury, Hertfordshire, UK on 15th August 2009.
Zapin
Don't they look awesome in their costumes? (Credit given to Zehan, who sew this costume on short notice!)

TQ so much kak Shahnaz

Mula2 tue apabila Kak Maziah - director, producer, organizer & choreographer of Nusantara's performances (the backbone of it all) minta mama jahitkan baju2 untuk tarian.....mama was2 jugak, almaklumler dengan keperluan untuk menjahit tidak mencukupi, kedai mana nak carik material untuk jahitan lagik dan anak2 mama (2Qai) yang tengah membesar bagai johan + lasak lagik.....akhirnya mama jahitkan jugak baju2 nie, terasa puas bila tengok budak2 menari dengan hasil kerjatangan mama....tetiba mama terasa nak tulis sesuatu pasal baju yg mama jahit nie....ilmu tentang baju kurung johor nie....

Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.

Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali;

a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek.

b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini.

Pada masa dahulu, wanita Johor memadankan baju kurung dengan kain dagang luar, iaitu sehelai kain sarung yang pada asalnya digunakan sebagai kain kelubung untuk menudung kepala dan berlindung dari cahaya matahari apabila keluar berjalan. Kain dagang luar ini dikenakan di pinggang seperti kain samping lelaki dengan ombak-ombaknya di bawa ke rusuk kiri dan disaukkan pada lengan atau dipegang dengan tangan. Kain mantul, iaitu sehelai selendang pendek yang bertekat dengan kelingkan emas biasanya akan disangkutkan ke bahu apabila si pemakai mengenakan baju kurung dengan kain dagang luar ini. Walaubagaimanapun, baju kurung pada hari ini tidak lagi dipakai dengan kain-kain tradisional sebegini yang lazimnya hanya digunakan oleh masyarakat Melayu zaman dahulu.

Monday 17 August 2009

2 Qai pergi camping...





Kali nie Papa Sara bawa 2 Qai pergi camping kat St Davids, lebih kurang 5 jam perjalanan dari Nottingham....

Wednesday 22 July 2009

2 Qai

Qairina control cun, Qaisara seriusnya Qaisara pulak senyum simpul
Kasih kakak pada adiknya.....

Inilah 2 buah hati mama papa.....Qaisara 2 tahun 6 bulan.....Qairina 11 bulan.....

Qaisara yang comel dan ligat sekali. Namanya Wan Nureen Qaisara dan kami memanggilnya Sara. Seawal kandungan mama 5bulan, namanya diberi oleh seorang doktor yg berkongsi cerita sedih kami. Alhamdulilah lahirnya menambah kebahagian mama dan papa. Lahirnya mengubat duka kami yang kehilangan anak sulung. Hobinya tidak lain dan tidak bukan mengusik adiknya, membuat adiknya tertawa dengan gelagatnya. Lahir pada 10 Januari 2007 di Johor Bahru. Sara suka tengok TV, rancangan kesukaannya BEN10. Kalau pergi ke mana-mana tidak suka didukung, asyik nak berlari sahaja,agak penat juga nak mengawasi dia..tapi kami terhibur melihat keletah dan keligatannya. Sara ni agak peramah dan mudah dirapati, suka juga berkawan.

Qairina pulak sangat berdikari. Namanya Wan Nureen Qairina dan kami memanggilnya Nana. Lahir pada 23 Ogos 2008 di QMC Nottingham, United Kingdom.....Hari lahirnya bersamaan Anniversary kami yang ke-5. Hobinya membuli kakaknya, tetapi kakak itu jugak kawan mainnya.....Nana ni suka ketawa sambil menampakkan giginya. Amat mudah menjaganya dan tak banyak kerenah.....



Sunday 12 July 2009

P.Y.O Cherry



Pada 12 Julai lepas kami bersama-sama geng Nottingham meredah perjalananan selama 2 jam setengah pergi ke Court Leisure Farm, Herefordshire untuk memetik buah cherry ,strawberry, dan macam2 berry serta sayur-sayuran. Kebiasaanya pada setiap tahun antara bulan Julai hingga September, kebanyakkan tuan ladang membenarkan pengunjung untuk memetik sendiri buah-buahan yang ingin dibeli. Seperti biasanya Qaisara & Qairina yang paling excited dalam xtvt PYO (Pick Your Own) ini. Buah cherry ini lebih besar sedikit berbanding dengan cherry2 di Oxford di mana tahun lepas kami semua menjadi 'pemetik' buah di sana.

Di ladang ini setelah memenuhkan perut dengan buah cherry ini, barulah kami petik sedikit untuk memenuhkan bakul yang disediakan untuk tujuan pembayaran,. Kononnya nak jaga hati owner ladang ini lah. nanti dia cakap masuk lama2 dalam dusun dia, takkan tak beli apa-apa kot.

Selepas makan secara pot-luck, kami meneruskan xtvt memetik sayur-sayuran pulak antaranya brocolli, cauliflower, carrot, cabbage. Oleh kerana 2Qai ini sudah kepenatan dengan xtvt memetik buah tadi, masing2 tido kepenatan. Maka tak beliler sayur-sayuran walaupun sayur yg dijual disitu agak murah.





Saturday 4 July 2009

Wan Nureen Qistina

Al Fatihah..

Rindu menyapa..
mata berkaca..
Sayang mama pada Nureen..

Hari ini kembali lagi..
4 Julai dalam kenangan..

4 tahun lalu..
Nureen hadir dalam hidup mama dan papa..
Dipinjamkan pada mama dan papa 5 bulan 20 hari
Cukup singkat waktu kita bersama..


Namun mama masih terasa saat Nureen di pelukan mama..
Masih terbayang gerak geri Nureen..
Masih terasa dingin pipi Nureen saat kucupan terakhir dari mama sewaktu Nureen hendak dikafankan..
Dan selepas itu hanya di pusaramu tempat melepas rindu..

Pergimu aku redha..
Diriku diuji Maha Pencipta..
Yakinlah hati..
Ada hikmah tersembunyi..

Al-Fatihah..

Banyak2 sedekahkan Fatihah dan berdoa dan yang mama tak boleh lupa..... dan membuat perasaan mama sedikit lega bila semua orang cakap..... "Jangan bimbangkan dia..... dia dapat yang terbaik kat Sana..... "

Pada yang bertanya aku selalu katakan aku ada 3 orang anak.....lepas tu terpaksala aku jawab yang lagi sorang dah meninggal.. Tak sampai hati aku nak berkata anak aku 2 orang..... Tak per.. aku akan bercerita kalau perlu.....memang anak aku 3.....

Wan Nureen Qistina sentiasa dihati Mama.....Mama sayang kamu.....

Wednesday 1 July 2009

Nasi Kerabu

Resipi untuk tatapan anak2 muridku di Nottingham yg tak sempat nak tulis resepi sebab busy dengan BARN BUDDY nyer... sila tinggalkan komen anda...

Bahan-bahan:
Nasi putih (nasi warna biru/kuning)

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
Kelapa parut - dijadikan kerisik atau semua bahan dan digoreng tanpa minyak
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
gula
garam..
Cara :
1. Gaul isi ikan panggang, kelapa, bawang merah, bawang putih, serai dan halia. Masukkan gula dan garam. Gaul dan tumbuk campuran itu..

Bahan untuk kuah/tumis :
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan
1 batang serai
gula
garam..
Cara:
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan mendidih
3. Perlahankan api.
4. Kemudian padamkan api apabila kuah pekat..

Bahan untuk ulam :
Timun - dipotong halus
Kobis bulat - dipotong halus
Daun kesom - dihiris halus
Serai - dihiris halus
Kacang panjang - dipotong halus
Daun pucuk kayu - dihiris halus
Taugeh..
Cara :
1. Gaulkan semua ulam-ulaman. Banyak jenis ulam lagi best...macam bunga kantan,lobak merah
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan..

NOTA: Keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging bakar.. dan solok lada...

Monday 29 June 2009

P.Y.O Strawberry

Penat Sara petik buah strawberry.....
Tiba2 Mama bagi kat Nana.....
Sedapnyer Nana makan sampai lupa kat kakak Sara.....
Takper Kakak Sara petik lagi.....Nana makan ek.....
Nantiler kita pose dulu ngan Papa & Mama.....tapi Kakak dah penatler nak minum susu dulu.....

Saturday 23 May 2009

Kisah Qairina


Hari ini Qairina genap 9 bulan. Gigi Qairina dah ada 2 batang, bahagian atas. Kadang2 suka gigit mama. Gatal gusi agaknya ader 4 lagi tunggul gigi kat bahagian atas jugak 2 bahagian kanan dan 2 bahagian kiri. Tangan, telinga papa dia pun nak gigit. Rambut Qairina pun dah panjang dan lebat tak macam kakak Sara dulu2 tak der rambut... Pantang tengok orang makan. Mesti bunyi... mam! mam! mam!. Pandai panjat2 meja dah...kerusi... suka buka2 laci dan almari... Mama, sekarang terpaksa kunci semua almari dan laci. Bukan apa, bila Qairina buka, tutup, buka, tutup... tangan tersepit... lepas tu menjerit...sekarang nie Qairina dah pandai tepuk tangan sambil tersengih2... lagi satu yang Mama gerammm sesangat Qairina nie dia suka mengutip pastu masuk mulut...

Thursday 21 May 2009

Gerammmm

Hari nie saya berjaya buat Mama gerammm kat saya....kenapa tau saya gaduh masa main ngan kakak....puas saya dengar Mama cakap "Qairina kenapa nie, mainler elok2 dgn kakak" tapi saya suka tengok kakak nangis.....saya tarik rambut kakak, cakar muka kakak, pukul tangan kakak.....bestnya.....kakak pun nangis.....Mama pun snap gambar saya.....sambil saya tersenyum puas hati dapat main sorang2.....

Twinkle Twinkle Little Star.....

Twinkle twinkle little star
How I wonder what you are
Up above the world so high
Like a diamond in the sky

Twinkle twinkle little star
How I wonder what you are

Friday 15 May 2009

Sara botakkkk.....6 month

Lawa tak Sara....nampak comel jer ngan scarf tue....tapi sebenornya Mama Sara nak tutup....taraa....
kepala anak Mama yg botakkkk.....n

Thursday 14 May 2009

Bila 2Qai dapat Parcel

Hari nie dapat parcel....eee bestnyer ingatkan Mama ajer yang seronok, almaklumler dapat stok barang dapur....rupa2nya ada orang lagi seronok mengalahkan Mama dia....walhal barang2 tue barang dapur jer....Terima Kasih Tok Ayah & Tok Ma....alahai anak2ku....kesian2

Justify Full Inilah 2Qai yang busy sesangat bila dapat parcel....membukak pun dia....pastu mencarikler apa yg boleh dimakan....macam nie nanti Mama suruh Tok Ayah ngan Tok Mak kirimkan tiap2 bulan....bukan apa seronok tengok 2Qai nie membongkar khazanah/harta karun dalam kotak tue....

Ingatkan Kakak ajer yg busy....rupa2 yg kecik nie pun sama jugak....apalah yg dicariknya....Mama pun tak tahu....Qairina....Qairina

Si Kakak Sara nie....semua benda nak digigit/dibukanyer....Mama tahu Sara carik apa....CD Upin & Ipin yang Ayah Su janji nak belikan tue kan....Qaisara....Qaisara