Thursday 1 October 2009

Ucapan Aidilfitri 2009


Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin buat keluarga di Temerloh dan Johor serta rakan2 yg mengenali diri kami sekeluarga.....

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Menganyam ketupat di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Dari kami yg jauh di Perantauan (FamiliSara)