Sunday 21 February 2010

Syed Hayqal Rayyan B. Syed Isamil


HAPPY BIRTHDAY HAYQAL
SEMOGA MENJADI ANAK YG SOLEH DAN MEMBAHAGIAKAN MAMA & PAPA


Hari nie 21 Feb 2010 genap umur hayqal 2 tahun maksudnya dah 2 tahun mak long di perantauan nie...(Mak Long adalah panggilan Hayqal untuk Mama)

Mengimbas kembali 2 tahun lepas ketika mama dan Qaisara sibuk hendak berangkat ke United Kingdom, mak long dan ayah su telah keluar untuk menyelesaikan segala urusan berkaitan, manakala Qaisara di tinggalkan bersama Tok Ma dan Tok Ayahnya, pulangnya kami ke Mutiara Rini kami di kejutkan dengan kehadiran ambulan di hadapan rumah, mak long dan ayah su terus menjerit alamak 'kak amai' panggilan buat mama Hayqal...serentak dengan itu kami berdua berlari ke dalam rumah...'kak amai' sedang dipapah keluar oleh petugas hospital...Ayah dan Mak dalam keadaan panik...manakala kami berdua tertanya2 aper yg terjadi....aper yg kami tahu tarikh duenya lama lagi...sebelum Ayah nekad menelefon ambulan puas sudah Ayah menelefon kami berdua...tapi sengalkan dua2 org boleh tak bawak tepon...tinggal kat umah...hihihi

Rupa2nya Mama Hayqal sudah mulai sakit sejak dari pagi lagik....tetapi dia cuma mendiamkan diri....kerana tidak mahu menyusahkan hati semua orang yang masing2 sibuk menguruskan Qaisara dan Mama yang akan berangkat pada sebelah petangnya...

Maka terkejar2 masing2, dimana Tok Ma berkejar ke hospital menemankan mama Hayqal, manakala Tok Ayah di rumah menyiapkan segala persiapan mama dan Qaisara ke UK...

Kelam kabut kami dibuatnya, kehadiran Dr Latif sekeluarga, En Kharis sekeluarga, Mak Andak dan cik Mun menenangkan perasaan kami serta membantu dalam menyelesaikan last minute packing...dan kami semua terus bertolak ke Senai Airport...terima kasih semua...

Di hospital pula, Tok Ma menelefon memberitahu yg 'kak amai' akan di bedah atas sebab keselamatan baby dan dirinya...selepas suami 'kak amai' sampai ke hospital dari tempat kerjanya, Tok Ma berkejar ke Senai Airport untuk menghantar mama dan Qaisara...

Setelah Mama dan Qaisara masuk ke balai berlepas, masing2 terus ke hospital melawat mama Hayqal...aduh kesian sungguh dan sayunya hati mengenangkan pengorbanan mak dan ayah demi 2 org anaknya...yg anak sulungnya nak berangkat ke UK bersama anak kecil yg berusia setahun tanpa ditemani suami (Papa Sara menunggu di Heatrow Airport, London)...manakala anak yg kedua pulak kat hospital...tersangatler risau hati mereka...

Sementara menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur, Mama Sara menerima panggilan dari Mama Hayqal memberitahu yg dia telah selamat melahirkan baby boy ...kedua2nya sihat dan selamat...Alhamdulilah...lega mendengar khabar gembira...tak lama kemudian Tok Mek Qaisara dari Pahang pulak menelefon...risaukan keberangkatan kami ke UK tanpa ditemani Papa Sara...mama khabarkan berita gembira ini....



Thursday 4 February 2010

Gulai Ikan Tempoyak



Mulai hari nie Mama Sara nak letak gambar makanan yg Mama Sara masak, bukan aper hari2 ader sajer special request dari Papa Sara...Fuhhh..tapi request semua masakan Malaya...Semalam nak makan nasik rempah dengan ayam percik....masak....tapi gambar lupa pulak nak snap....

Tup2 hari nie pulak nak makan gulai ikan tempoyak...tapi tak der ler ikan Patin segar cam kat Temerloh...dah jauh kat tempat orangkan...betul tak Papa Sara...sila jawabnya en. Wan so gunaler ikan Merah...dah ader daun kesum (yg Mama tanam), daun kunyit (yg Mama frozenkan), tempoyak (yg mek bekalkan,terima kasih mek) dah cukup bagus... pastu rebus jerler bendi ngan ulam-ulaman sikit makan ngan sambal asam...sejuk2 nie lapor ajer kot...si Nana pun dah semakin montel...sebab dok makan jer kerjanya...hehehehe...gelaran baru baginya ialah si Tonet ...bukan aper dah ler kenit tambah lagi ngan montel jalan ke hulu ke hilir keliling rumah...pastu suka wat gelagat yg buat orang ketawa...Nana2...