Tuesday 25 August 2009

Double Celebration...6th Anniversary & 1st Birthday Qairina (23 August)




Qairina dah setahun....so mama plan nak sambut birthday Qairina di Colwick Park....kata sepakat dibuat mama bersama auntie Rose, auntie Eija, auntie salina dan auntie Ana...oleh kerana pada tarikh itu seluruh umat islam berpuasa, maka majlis diawalkan.....

Bersambung....ngan banyak lagi gambar2


Saturday 22 August 2009

Doa Ramadan: Hari Pertama


"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

(Sumber:Harian Metro)

Wednesday 19 August 2009

Hobby suka2 mama.....

Malaysian Merdeka carnival 2009 - held at the Tun Abdal Razak Research Centre, Brickendonbury, Hertfordshire, UK on 15th August 2009.
Zapin
Don't they look awesome in their costumes? (Credit given to Zehan, who sew this costume on short notice!)

TQ so much kak Shahnaz

Mula2 tue apabila Kak Maziah - director, producer, organizer & choreographer of Nusantara's performances (the backbone of it all) minta mama jahitkan baju2 untuk tarian.....mama was2 jugak, almaklumler dengan keperluan untuk menjahit tidak mencukupi, kedai mana nak carik material untuk jahitan lagik dan anak2 mama (2Qai) yang tengah membesar bagai johan + lasak lagik.....akhirnya mama jahitkan jugak baju2 nie, terasa puas bila tengok budak2 menari dengan hasil kerjatangan mama....tetiba mama terasa nak tulis sesuatu pasal baju yg mama jahit nie....ilmu tentang baju kurung johor nie....

Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.

Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali;

a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek.

b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini.

Pada masa dahulu, wanita Johor memadankan baju kurung dengan kain dagang luar, iaitu sehelai kain sarung yang pada asalnya digunakan sebagai kain kelubung untuk menudung kepala dan berlindung dari cahaya matahari apabila keluar berjalan. Kain dagang luar ini dikenakan di pinggang seperti kain samping lelaki dengan ombak-ombaknya di bawa ke rusuk kiri dan disaukkan pada lengan atau dipegang dengan tangan. Kain mantul, iaitu sehelai selendang pendek yang bertekat dengan kelingkan emas biasanya akan disangkutkan ke bahu apabila si pemakai mengenakan baju kurung dengan kain dagang luar ini. Walaubagaimanapun, baju kurung pada hari ini tidak lagi dipakai dengan kain-kain tradisional sebegini yang lazimnya hanya digunakan oleh masyarakat Melayu zaman dahulu.

Monday 17 August 2009

2 Qai pergi camping...





Kali nie Papa Sara bawa 2 Qai pergi camping kat St Davids, lebih kurang 5 jam perjalanan dari Nottingham....